SELAMAT DATANG

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SEBENTAR DI SINI

Wednesday, December 30, 2009

AKHIRAN CINTA YANG SILAP

Tanggal 23 November empat tahun lalu, seorang wanita berusia 68 tahun berjalan lesu menuju ke kubur suaminya. Di Sisi kubur tersebut, wanita tua itu menangis, meratap dan menyebut-nyebut nama suamnya yang dua tahun telah meninggalkannya.
Wanita tua itu 'memberitahu' suaminya, dia kesunyian. Dia derita. Dia tidak berdaya untuk mengharungi hidup ini bersendirian tanpa suami di sisi. Hidupnya kosong. Wanita itu, tidak mahu hiduo lama lagi. Hidup dalam kerinduan terlalu menyakitkan dirinya.
Sehingga malam, wanita itu tidak pulang ke rumah. Ahli keluarganya bergegas ke kubur bapa mereka kerana sebelum meninggalkan rumah wanita itu telah memberitahu anak-anaknya dan cucu-cucunya bahawa dia akan kepusara tersebut. Sejurus sampai, mereka terkejut apabila melihat wanita tua tersebut telahpun meninggal dunia. Dia terbaring di sisi kubur suaminya itu dalam keadaan kepala terikat dan diserkup dengan beg plastik.
Tidak...Wanita itu tidak dibunuh....
Dia sebaliknya membunuh diri. Sebelum kematiannya, wanita tua itu telah meninggalkan sepucuk surat yang antara lain meminta maaf kepada sesiapa yang menjumpai mayatnya. Wanita itu juga ada mencatatkan, dia tidak lagi dapat meneruskan hidupnya dan menderita tanpa suami di sisi.

nota: wanita tua dalam cerita tersebut adalah Winifred Sharp, berasal dari Kent, England...