SELAMAT DATANG

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SEBENTAR DI SINI

Sunday, October 25, 2009

wanita memang istimewa

1. doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda: "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2. wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.

3. barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, dan darjat seumpama orang yang sentiasa orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. barang siapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barang siapa yang menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail as.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullullah saw) di dalam syurga

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempauan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Ainsyah r.a., "barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu berada di bawah tapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup segala pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia hendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuannya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan didikannya (serta menjaga sembahnyang dan puasanya).

12. Ainsyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah saw, "Ibunya".

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana yang dia hendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan dari 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah SWT.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibu melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya akan diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalam (ibu) tidak tidur dan memlihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Thursday, October 22, 2009

kau kesayangan ku...


kawan-kawan...
setiap orang mesti ada kesayangan kan?
sama la ngn aku...
aku begitu memnujanya...
aku begitu menyayanginya...
aku begitu mencintainya...
seleruh kasihku tertumpah untuknya...
hanya untuk mu sayang...

SAYANG...
ketahuilah...
aku amat menyayangimu....
pada beberapa hari lepas...
berlaku sesuatu yang xterduga antara aku dengannya...
setelah bangkit dari tido..
aku terus menyentuhnya, membelainya dan membersihkannya agar ia sentiasa segar dan bersemangat...

namun...
perkara yang tidak diingi juga berlaku...
kesayangan aku terpaksa dihantar ke ICU...
aku segera menghantrnya kerana bimbang akan keselamatannya...
aku amat menyayanginya...
aku rela bekorban untukmu sayang...

2hari berlalu...
kesayangan aku itu telh berpindah ke wad biasa...
kebimbangn ku sedikit menurun...
namun hatiku masih merusuh...
pada hari ini...21/10/09..
aku mendapat panggilan daripda orang yang merawatnya mengatakan ia telah sembuh namun masih perlu dijaga dengn rapi...
aku terus bergegas ke tempat rawatannya kerana aku amat merinduinya...
aku dinasihatkan agar sentiasa menjaganya dengan baik dan jgn lupa untuk mengmbil rawatan setersnya...
aku amat menyayangimu sayang...
aku bangga kau menjadi milikku...

oh..
selama dua hari aku memerlukanmu sayang...
akhirnya, kau kembali pada diriku...
terima kasih sayang...
waha laptop kasayangan ku....

Wednesday, October 14, 2009

ayah...

aku rindukan kasihmu ayah...
aku rindukan pelukan mu...
aku rindukan kucupanmu...
mengapa dari kecil aku tak sempat merasai kasihmu ayah?
aku merinduimu...
aku mahukan kau bersamaku...
menyokongku...
menyokong kerjayaku...
memberi nasihat dan bimbingan kepadaku..

namun...
aku hanya mampu melihat kasihmu ayah tertumpah kepada insan lain..
belaian mu hanya untuk mereka...
aku juga berhak untuk mendapat kasih sayangmu...
namun...mengapa aku tiga beradik dipinggirkan dari hatimu ayah?
aku merinduimu...
aku ingin mengasuhmu bila kau tua kelak..
aku ingin berjasa padamu...
adakah aku berjaya menunaikan tanggungjawabku sebagai anak?

aisya umaira...

Tuesday, October 13, 2009

aku dan kab...



aku ni penghuni KAB...
ala kolaj yang tervote n tersorok sikit...
tapi xper...
aku suka tinggal lam utan ni...
kadang2 aku rasa cam nak lari balik kg jew...
huhuhuhu...
kampung aku pun hutan jugak...
huhuhuhu...
yew la da nama kampung kan...

ni aku nak bg korang pengetahuan sikit la sal kab nie...
kab ni...
nama penuh dier....KOLEJ AMINUDDIN BAKI...
kawan2 kat kolej aku semua sporting...
xsporting mcm mana...
'da kami jew yang ada kat citu...
kominiti lain jauh...
itulah yang kami boleh interaksi...

walaumacm mana pun...
aku bngga la dok kat kab nie...
untuk pengetahuan korang...
kab ni kolej yang paling tua kat UPSI ni tau...
opps lupa lak nak bangga diri...
aku ni bakal cikgu...
huhuhuhu...
sekrang nie...
aku belajar kat UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ni la...
hmmm....

dolu2...
lau korang nak tau...
kolej ni yang ada kat UPSI...
kolej KHAR,KZ, dan KUO xder lagi...
jadinya...
satu2nya kolej kediaman yang ada hanyalah KAB ni la....

sekarang pada tahun 2009 nie...
penghuni KAB hanya ada 1000orang jew...
ada lima blok...
tapi guna empat jew...
sebab...
lagi satu blok tu untuk budak antarabangsa...

hmmm....
aku berada dalam barisan kabinet jmk kab la...
aku pegang Aademik Kerjaya...
sebenarnya...
niat aku sebenar adalah...
aku nak suh korang join la unit aku nie...
bawah biro akademik nie ada dua unit...
satu...unit fasilitator dan satu lagi unit suara bitara...
unit fasi untuk melatih korang jadi fasi la...
bagaimana nak rangka modul...
nak handle budak2...
nak bg input kepada budak2 secara menarik...
kalu unit suara bitara pulak...
medan korang untuk melatih korang bercakap...
mksud aku...
medan untuk korang berpidato...bahas...sajak...berforum...pentomen...syair...
gurindam...pengacaraan majlis...
bab2 protokol pun korang leh belajar kat cini...
huhuhu...

sajer jew aku nak g tau korang...
lau korang berminant join la...
biro akedemk kerjaya pun ada gak blog...
jadi...
aku harap...
korang follow la selalu ea...
hahhaahahaha...
sekian dulu....bubye....

aku,satu,dua dan tiga

satu.....
aku cinta Allah....

dua...
aku sayang ibu....

tiga...
aku sayang ayah...

satu, dua dan tiga...
aku sayang semua....

Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku...
kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepada diriku...
kau bimbningkan lah aku kejalan yang benar...
kau ringankanlah hisab kuburku...
sesungguhnya...
engkaulah yang maha suci...
maha Agung...
atas segala ciptaanmu....