SELAMAT DATANG

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SEBENTAR DI SINI

Sunday, October 25, 2009

wanita memang istimewa

1. doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda: "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2. wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.

3. barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, dan darjat seumpama orang yang sentiasa orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. barang siapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barang siapa yang menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail as.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullullah saw) di dalam syurga

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempauan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Ainsyah r.a., "barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu berada di bawah tapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup segala pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia hendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuannya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan didikannya (serta menjaga sembahnyang dan puasanya).

12. Ainsyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah saw, "Ibunya".

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana yang dia hendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan dari 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah SWT.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibu melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya akan diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalam (ibu) tidak tidur dan memlihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

3 comments:

  1. first time masuk blog nie..menarik cikgu buat blog..tapi kenapa nama puteri kasturi?

    ReplyDelete
  2. hmmmm...
    sajer jew...
    biar dapat berkat dari haruman kasturi syurga....
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. semoga adik menjadi wanita solehah yang menjadi seindah perhiasan duniawi.hargai nilai dirimu sebagai seorang wanita ISLAM

    ReplyDelete