SELAMAT DATANG

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SEBENTAR DI SINI

Sunday, March 6, 2011

ketika aku sendirian...

ketika aku sendirian...
kau hadir dimataku...
kau datang dengan senyuman...
kau datang dengan penuh kasih sayang...

ketika aku sendirian...
hatiku mula gelisah...
air mataku mengalir deras...
satu persatu detik bersamamu menari dihadapan mataku...
sesungguhnya...aku amat merinduimu...

ketika aku sendirian...
kuteringat...
tanganmu menghulurkan wang belanja untukku...
sewaktu kali pertama aku mengenalimu....
kau hadiahkan aku senyuman dan kucupan...
masih kuingat....
pada waktu kecilku...
kau penebus nasibku...
kau penyelamat aku...
kau berikan hadiah untukku...

tapi kini...
kau telah pergi meninggalkan aku...
tanpa dirimu sempat melihat wajahku...
aku tidak kesal dengan takdir Allah...
kerana aku tahu...DIA..sangat menyayangimu...
dan ini adalah DUGAANNYA...untukku...
TERIMA KASIH ABAH...
KERANA TETAP ANGGAP AKU UMPAMA ANAK KANDUNGMU...
AKAN KU SAYANGI ADIK-ADIKKU SEPERTI MANA KAU MENYAYANGI DIRIKU...
AKAN KU JAGA IBUKU...SEPERTI MANA KAU MENJAGANYA...
INSYAALLAH...

Tuesday, February 15, 2011

Nikmat itu Anugerah Dari Allah

Aku berlari kencang kerana aku melihat ibuku ada di sana...
Aku berlari kencang apabila aku lihat ayahku ada di sana...
Aku tinggalkan dia di sini...
Kerana aku sangka nikmat itu bersama dengan ibu dan ayahku...
setelah aku memeluk erat ibu dan ayahku...
baruku tahi nikmat itu bukan bersama ibu dan ayahku...
Ibu berpesan...jangan kufur nikmat anakku...
Allah berikan nikmat kepadamu bukan secara terus...tetapi Allah titipkannya dengan bermacam perkara...
jaganlah engkau hanya melihat pada sesuatu perkara...tetapi..
dirimu perlu melihat kepada banyak perkara...
janganlah engkau bersangka-sangka...kerana itu adalah satu penyakit hati yang sukar diubat..
janganlah engkau mengeluarkan perkataan kalau dari bibirmu...kerana kamu perlu akur dengar takdir Allah...
Anakku... ibu disini titipkan doa untukmu...
carilah nikmat yang terselindung itu tanpa membelakangi Allah dan Rasulullah...

Ayah ku berpesan...
Anakku...
sekiranya aku sudah tiada di dunia ini...
carilah nikmatmu itu dengan sebaiknya...
bersyukurlah dengan apa yang ada...
jangan engkau jadikan syaitan pendampingmu...
jadikanlah imanmu itu sebagai teman setiamu...
seseungguhnya...sesuatu dugaan itu Allah turunkan kepada hambanya sesuai dengan kemampuan hambanya...
oleh itu, percayalah pada diri...setiap dugaan yang datang kamu mampu mengatasinya...
jadikan ikhtibar segala dugaan itu..jangan ulangi kesilapan semalam...

Tuesday, January 5, 2010

SAHABAT SEJATI SENTIASA DI HATI...






sejarah bermula apabila diriku tercampak ke laluan yang tidak digemari oleh manusia lain...
aku...berjalan sendirian...
aku tersempak dengan seekor kucing yang kurus dan dalam keadaan kelaparan...
aku memberikan sedikit bekalanku kepada kucing tersebut...
aku meneruskan perjalan...
kali ini aku terserempak dengan seeorang kanak-kanak lelaki yang bermain sendirian..
aku amati wajahnya...
aku kenal dia...
kanak-kanak itu adalah bekas muridku di sek keb bandar chiku...
yew...
pakaiannya lusuh...
sekuarnya koyak...
aku pelik...
mengapa sejauh ini kanak-kanak ini mampu berjalan?
aku merapati dirinya...
dirinya terkejut melihatku...
aku menggosok belakangnya dan sambil bertanya...
bakpo awak dok sini?
tok gi sek ko?
awak dok ngn sapo sini?
bakpo main sore-sore?
dia hanya memandangku...
tiada sepatah pun ayat yang keluar dari bibirnya....
akhirnya dia bersuara...
dia duduk di kampung ini dengan ayah saudaranya...
dirinya tdak mempunyai ibu dan ayah...
aku tekejut...
selama aku mengajar di sekolah itu, kanak-kanak itu seorang kanak-kanak yang degil dan tidak suka menyiapkan kerja rumah yang kuberikan...
tapi aku tidak tahu dia tiada tempat bergantung...
oh...
setelah aku ditukarkan ke sekolah pendalaman di sini...
aku baru mengetahui dirinya tidak mempunyai keluarga dan tidak mampu untuk bersekolah...
aku tidak mampu membantu...
kerana hari aku bertemu dengan dirinya dalah hari terakhirku di Sek Keb Chalil, Gua Musang kerana aku berjaya menyambung pelajaran ku di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini...aku hnya panjagkan kisahnya kepada sahabatku spaya nasib kanak-kanak itu terbela...
baru-baru ini aku menghubungi sek lamaku itu, aku menanyakan status kanak-kanak itu...tetapi jawapan mereka...
kanak-kanak itu sudah berpindah mengikut bapa saudaranya...
Ya Allah....
bagaimana nasib kanak-kanak itu...sedangkan dirinya baru berusia sepuluh tahun?
sedang bapa suadaranya tidak mempunyai kerja tetap dan hanya menjadi buruh kasar...
aku sedih kerana tidak sempat untuk membantunya...

DI SINI...
aku temui rakanku...
yang mempunyai pemikiran sepertiku...'bakal guru..
yang cintakan anak yatim...
yang sukakan kebajikan...
tetapi mempunyai perangai yang sama kerana suka berpicnic
tapi matlamat kami sama...
menjadi seorang guru yang serba boleh...
yang akan menjaga kebajikan pelajar dan menjadi guru yang mampu membuka minda masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri...
INSYAALLah..
mereka adalah sahabatku...

Wednesday, December 30, 2009

AKHIRAN CINTA YANG SILAP

Tanggal 23 November empat tahun lalu, seorang wanita berusia 68 tahun berjalan lesu menuju ke kubur suaminya. Di Sisi kubur tersebut, wanita tua itu menangis, meratap dan menyebut-nyebut nama suamnya yang dua tahun telah meninggalkannya.
Wanita tua itu 'memberitahu' suaminya, dia kesunyian. Dia derita. Dia tidak berdaya untuk mengharungi hidup ini bersendirian tanpa suami di sisi. Hidupnya kosong. Wanita itu, tidak mahu hiduo lama lagi. Hidup dalam kerinduan terlalu menyakitkan dirinya.
Sehingga malam, wanita itu tidak pulang ke rumah. Ahli keluarganya bergegas ke kubur bapa mereka kerana sebelum meninggalkan rumah wanita itu telah memberitahu anak-anaknya dan cucu-cucunya bahawa dia akan kepusara tersebut. Sejurus sampai, mereka terkejut apabila melihat wanita tua tersebut telahpun meninggal dunia. Dia terbaring di sisi kubur suaminya itu dalam keadaan kepala terikat dan diserkup dengan beg plastik.
Tidak...Wanita itu tidak dibunuh....
Dia sebaliknya membunuh diri. Sebelum kematiannya, wanita tua itu telah meninggalkan sepucuk surat yang antara lain meminta maaf kepada sesiapa yang menjumpai mayatnya. Wanita itu juga ada mencatatkan, dia tidak lagi dapat meneruskan hidupnya dan menderita tanpa suami di sisi.

nota: wanita tua dalam cerita tersebut adalah Winifred Sharp, berasal dari Kent, England...

Sunday, October 25, 2009

wanita memang istimewa

1. doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda: "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2. wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.

3. barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, dan darjat seumpama orang yang sentiasa orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. barang siapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barang siapa yang menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail as.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullullah saw) di dalam syurga

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempauan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Ainsyah r.a., "barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu berada di bawah tapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup segala pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia hendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuannya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan didikannya (serta menjaga sembahnyang dan puasanya).

12. Ainsyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah saw, "Ibunya".

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana yang dia hendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan dari 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah SWT.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibu melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya akan diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalam (ibu) tidak tidur dan memlihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Thursday, October 22, 2009

kau kesayangan ku...


kawan-kawan...
setiap orang mesti ada kesayangan kan?
sama la ngn aku...
aku begitu memnujanya...
aku begitu menyayanginya...
aku begitu mencintainya...
seleruh kasihku tertumpah untuknya...
hanya untuk mu sayang...

SAYANG...
ketahuilah...
aku amat menyayangimu....
pada beberapa hari lepas...
berlaku sesuatu yang xterduga antara aku dengannya...
setelah bangkit dari tido..
aku terus menyentuhnya, membelainya dan membersihkannya agar ia sentiasa segar dan bersemangat...

namun...
perkara yang tidak diingi juga berlaku...
kesayangan aku terpaksa dihantar ke ICU...
aku segera menghantrnya kerana bimbang akan keselamatannya...
aku amat menyayanginya...
aku rela bekorban untukmu sayang...

2hari berlalu...
kesayangan aku itu telh berpindah ke wad biasa...
kebimbangn ku sedikit menurun...
namun hatiku masih merusuh...
pada hari ini...21/10/09..
aku mendapat panggilan daripda orang yang merawatnya mengatakan ia telah sembuh namun masih perlu dijaga dengn rapi...
aku terus bergegas ke tempat rawatannya kerana aku amat merinduinya...
aku dinasihatkan agar sentiasa menjaganya dengan baik dan jgn lupa untuk mengmbil rawatan setersnya...
aku amat menyayangimu sayang...
aku bangga kau menjadi milikku...

oh..
selama dua hari aku memerlukanmu sayang...
akhirnya, kau kembali pada diriku...
terima kasih sayang...
waha laptop kasayangan ku....

Wednesday, October 14, 2009

ayah...

aku rindukan kasihmu ayah...
aku rindukan pelukan mu...
aku rindukan kucupanmu...
mengapa dari kecil aku tak sempat merasai kasihmu ayah?
aku merinduimu...
aku mahukan kau bersamaku...
menyokongku...
menyokong kerjayaku...
memberi nasihat dan bimbingan kepadaku..

namun...
aku hanya mampu melihat kasihmu ayah tertumpah kepada insan lain..
belaian mu hanya untuk mereka...
aku juga berhak untuk mendapat kasih sayangmu...
namun...mengapa aku tiga beradik dipinggirkan dari hatimu ayah?
aku merinduimu...
aku ingin mengasuhmu bila kau tua kelak..
aku ingin berjasa padamu...
adakah aku berjaya menunaikan tanggungjawabku sebagai anak?